Dasar Privasi

Pada ANC.me, privasi anda adalah keutamaan kami. Kami komited untuk melindungi privasi anda pada setiap masa dan dalam semua keadaan. Maklumat yang kami kumpulkan mengenai anda apabila anda menjadi ahli digunakan untuk memproses pesanan anda dan menyediakan pengalaman yang bersifat lebih khusus di laman web kami. Laman web kami menggunakan SSL dengan enkripsi 128 bit bagi meningkatkan keselamatan maklumat pelanggan kami. Walau bagaimanapun, kami tidak menjamin keselamatan sepenuhnya terhadap maklumat yang disimpan. Namun begitu, kami telah memasang dan meletakkan penyulitan SSL di  laman web kami untuk mencegah kecurian maklumat.

Bagaimanakah Kami Menggunakan Maklumat yang Dikumpul?
Apabila anda mendaftar di ANC.me, anda akan diminta untuk mengisi borang yang memerlukan nama, alamat dan alamat e-mel serta beberapa maklumat demografi anda.
Nama anda dan alamat anda akan hanya digunakan untuk memproses pesanan melainkan anda bersetuju untuk menggunakannya bagi tujuan lain. Tanpa persetujuan anda, maklumat ini TIDAK akan dijual, diberikan, disewa atau didagangkan kepada orang lain untuk tujuan selain daripada menguruskan pesanan.
Maklumat demografi anda (jantina, tarikh lahir, dan yang lain-lain) akan digunakan untuk beberapa tujuan keselamatan, iaitu untuk memastikan identiti anda adalah benar, dan anda sendiri yang membayar dengan kad kredit anda dan bukannya orang lain yang mencuri dan menggunakan kad kredit anda. 

Cadangkan kepada Kawan
Jika anda memilih untuk menggunakan perkhidmatan rujukan kami bagi memberitahu rakan anda tentang laman web kami, kami akan meminta nama dan alamat e-mel rakan anda. Kami akan menghantar e-mel (sekali sahaja) secara automatik untuk menjemput rakan anda melawat laman web ini. ANC.me tidak menyimpan maklumat ini dan hanya menggunakannya untuk tujuan menghantar satu e-mel ini.

Penggunaan Fail Log
Apabila anda melayari laman web kami, kami akan memasukkan alamat IP, jenis pelayar dan masa akses anda secara automatik. Kami menggunakan maklumat ini untuk menjalankan penilaian prestasi laman, mengenal pasti lokasi pelawat dan menjejaki data aliran klik (skrin yang dikunjungi oleh pengguna di laman web kami). Data ini membantu kami untuk menentukan kandungan yang paling menarik perhatian pengguna agar kami dapat memaksimumkan kegembiraan anda semasa melayari laman web ini. Fail log tidak dikaitkan dengan maklumat peribadi yang dapat dikenal pasti.

Keselamatan Laman
Semua pekerja ANC.me amat mementingkan penjagaan maklumat peribadi anda. Semua pekerja wajib mempelajari dan mematuhi dasar keselamatan kami. Akses kepada maklumat peribadi ahli adalah terhad untuk kakitangan pengurusan utama dan jabatan perkhidmatan ahli kami. Maklumat berkenaan dilindungi dengan nama pengguna dan kata laluan, dan keselamatan laman kami dinilai pada setiap bulan. Kami juga telah memasang dan meletakkan SSL penyulitan 128 bit.

Pembetulan/Kemas Kini Maklumat Peribadi Anda
Selepas mendaftar di ANC, anda boleh memperbetul/mengemaskini maklumat peribadi anda dengan klik pada pautan 'Log masuk' di sebelah kanan mana-mana halaman, kemudian masukkan nama pengguna, kata laluan dan tarikh lahir apabila diminta, dan klik butang Edit Maklumat. Perubahan yang anda buat akan dapat dilihat dalam pangkalan data kami serta-merta. Jika anda ingin menyahaktifkan akaun anda, anda boleh menghubungi kumpulan perkhidmatan ahli kami melalui bahagian 'Akaun Saya' atau 'Hubungi Kami'.

Pautan ke Laman Web Lain
Laman web ini mungkin mengandungi pautan ke laman web yang lain. Sila maklum bahawa apabila anda klik salah satu pautan tersebut, anda mungkin akan meninggalkan laman ANC.me dan memasuki laman web yang lain. Laman web tersebut bebas mengumpul atau meminta maklumat mengenai anda dan kami menggalakkan anda untuk membaca penyataan privasi laman yang dipautkan tersebut kerana polisi privasi mereka mungkin berbeza daripada polisi kami.

Komunikasi
Dari semasa ke semasa, kami mungkin akan menghantar e-mel untuk memberitahu stok produk yang sedia ada, mengingatkan anda tentang penghantaran maklum balas atau menawarkan promosi. Di samping itu, anda akan menerima maklum balas daripada kami 1) jika anda menghubungi kami atas sebab-sebab tertentu, 2) untuk menerima pesanan anda, atau 3) kami perlu untuk menghubungi anda untuk tujuan pentadbiran seperti urusan pemenang pertandingan. E-mel pentadbiran tidak akan mengandungi bahan-bahan promosi. Jika anda memilih untuk menerima surat berita kami, ia akan memaparkan bahan-bahan promosi daripada Anc.me.

Penafian 
Walaupun kami berusaha sedaya upaya untuk menjaga privasi pengguna, kami mungkin perlu mendedahkan maklumat peribadi apabila dikehendaki oleh undang-undang dengan sangkaan yang baik bahawa tindakan itu adalah perlu untuk mematuhi prosiding kehakiman semasa, perintah mahkamah atau proses undang-undang yang dikenakan terhadap laman web kami.

Perkhidmatan Tambahan
Kami mungkin akan memperbetul atau menambah maklumat alamat dengan perwakilan pos yang diseragamkan dalam pesanan anda untuk memastikan bahawa pesanan anda dapat dihantar. Usaha ini adalah untuk memastikan bahawa ahli kami menerima pesanan tersebut dan dapat mengurangkan kos berkaitan dengan program kami.

Penggunaan  Cookies
Cookies ialah cebisan maklumat yang disimpan oleh pelayar anda pada pemacu keras komputer yang mengenal pasti identiti anda apabila anda memasuki suatu laman web. Keupayaan untuk memilih sampel di laman web kami adalah tidak berkaitan dengan fungsi cookie. Kami mungkin menggunakan cookies sesi untuk memastikan kelancaran anda melayari laman web dan menggabungkannya dengan fail log kami untuk memahami trafik laman web dan menganalisis maklumat demografi dalam bentuk aggregat. Jika tetapan pelayar anda adalah untuk menolak cookies, maka laman web kami tidak akan mengenal pasti anda apabila anda memasuki laman web dan anda akan perlu menaip nama pengguna dan kata laluan anda.

Maklum balas anda amat dialu-alukan.
Kami mengalu-alukan sebarang komen, soalan atau apa-apa sahaja perkara lain yang ingin anda kemukakan mengenai dasar privasi kami. Klik di sini untuk menghubungi kami.

Laman web ini menggunakan Google Analytics, iaitu khidmat analisis web yang disediakan oleh Google, Inc, ("Google"). Google Analytics menggunakan "cookies", iaitu fail teks yang disimpan di komputer anda, untuk membantu pentadbir laman web menganalisis cara anda melayari laman web tersebut. Maklumat yang dijana oleh fail cookie mengenai cara anda melayari laman web akan dihantar dan disimpan oleh Google dalam pelayan di Amerika Syarikat. Jika laman web ini merahsiakan alamat IP, alamat IP anda akan dipangkas oleh Google dalam negara anggota EU atau negeri EEA lain sebelum dihantar ke Amerika Syarikat. Hanya dalam keadaan yang luar biasa, alamat penuh IP anda akan dihantar kepada pelayan Google di Amerika Syarikat dan dipangkas di sana. Google akan menggunakan maklumat ini untuk menilai penggunaan laman web anda, mengumpul laporan mengenai aktiviti laman web untuk pengendali laman web dan menyediakan perkhidmatan lain yang berkaitan aktiviti laman web serta penggunaan internet. Google tidak akan mengaitkan alamat IP anda dengan mana-mana data lain yang dimiliki oleh Google. Anda boleh menolak penggunaan cookies dengan memilih tetapan yang sesuai pada pelayar anda. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa jika anda melakukan hal ini, anda mungkin tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya fungsi laman web ini. Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju untuk membenarkan Google memproses data anda dengan cara dan bagi tujuan yang dinyatakan di atas. Anda juga boleh menghalang Google daripada mengumpul maklumat (termasuk alamat IP anda) melalui cookies dan memproses maklumat ini dengan memuat turun plug-in pelayar ini dan memuat turun: tools.google.com/dlpage/gaoptout