Pengendalian bahan api dan pensijilan biobahan api

Terdapat banyak faedah apabila anda menggunakan minyak sayuran (baharu atau terpakai) sebagai bahan api: peneutral karbon, kelestarian, ketersediaan tempatan, pengeluaran, kos dan yang lain-lain. Kami menggunakan dan menyokong penggunaan tempatan yang sebenar bagi minyak sayuran. Tiada pembaziran dalam pengangkutan dan tentunya faedah yang paling besar bagi penduduk tempatan.

Dengan projek pengendalian bahan api dan projek pensijilan mikro kami, sumber bahan api baharu daripada tumbuh-tumbuhan, lemak sayuran dan minyak yang berbeza akan dinilai. Kerja ini memerlukan analisis menyeluruh terhadap rantaian bahan api, bermula daripada pembangunan sumber bahan api sehinggalah penggunaannya dalam aplikasi kaku dan mudah alih.

Kami mempunyai pengalaman selama berpuluh tahun dalam menggunakan minyak daripada tumbuh-tumbuhan yang berbeza seperti: sesawi (canola), bunga matahari, Camelina, Sawit, Kelapa, pokok jarak (Jatropha), soya, dan kacang tanah. Kini, selama beberapa tahun ini, kami juga sedang menguruskan projek di Amerika, Afrika dan Asia Tenggara menggunakan sumber minyak terpakai, yang merupakan sumber yang semakin meningkat dan amat berkesan untuk menghasilkan tenaga setempat, membangunkan penjenteraan atau pengangkutan.

Kami sentiasa berusaha untuk mencari sumber minyak sayur-sayuran yang baru dan menyimpan semua data ini dalam lembaran data, piawaian, dan yang lain-lain. Anda boleh memuat turun bahan tersebut di sini.

 

Jika anda memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi kami.