Latar Belakang Kami

Syarikat ANC telah ditubuhkan pada tahun 2010. Pada mulanya kami bekerja untuk syarikat ELSBETT Teknologi sejak tahun 1990. Tahun 2008 menyaksikan perubahan yang besar dalam pasaran biobahan api di Jerman. Berdasarkan undang-undang cukai tenaga baharu, minyak sayur-sayuran kini tidak lagi berdaya saing. Pelabur tidak lagi mengharapkan sesuatu yang memberangsangkan dalam pasaran. Oleh sebab itu, mereka membatalkan banyak perjanjian termasuk dengan syarikat ELSBETT.

Namun, kami merasakan bahawa teknologi ini perlu dikekalkan demi kepentingan pelanggan yang sedia ada dan juga kerana keunikan dan kelestariannya. Oleh itu, kami menubuhkan syarikat ANC dan rangkaian produk GREASEnergy, serta menghasilkan penyimpanan dan perkhidmatan secara beransur-ansur. Kini kami berjaya menawarkan semua sistem ELSBETT yang dikenali atau sistem ELSBETT yang terdahulu. Kami juga berjaya terutamanya dalam aspek pengoptimuman  unit kawalan elektronik kenderaan (ECU / PCM).

Kini, kami kembali menawarkan produk dan projek kami di seluruh dunia serta mengharapkan keadaan pasaran yang lebih baik. Generasi kedua dan ketiga biobahan api masih belum berdaya saing dan tentunya masih belum ada lagi. Keadaan ini sudah mencukupi untuk kami memajukan teknologi dan mempopularkan penggunaannya secara aktif.