Perundingan, bengkel dan latihan

Kami telah menguruskan banyak projek biobahan api di seluruh dunia selama lebih dua dekad. Kami pernah bekerjasama dengan syarikat swasta, pertubuhan bukan kerajaan, agensi kerajaan serta badan penyelidikan saintifik. Pengalaman bekerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa telah meluaskan pengetahuan dan pemahaman kami terhadap perbezaan wilayah. Kami ingin berkongsi pengalaman dan bantu anda untuk mengelakkan anda daripada melakukan kesilapan yang dibuat oleh pihak lain. Tak perlu ulang kesilapan yang sama! 

Oleh sebab itu, kami menawarkan pengetahuan dan pengalaman kami dalam pelbagai aspek pengeluaran biobahan api dan teknologi yang diperlukan untuk memastikan ia berjaya digunakan. Hubungi kami jika anda memerlukan bantuan berkenaan projek, latihan atau bengkel anda. Kami yakin bahawa kami dapat menawarkan penyelesaian untuk projek anda. Sila masukkan penerangan ringkas mengenai masalah atau idea anda.